Pages

Tuesday, October 19, 2010

setelah sekian lama.....

0 comments
em..setelah sekian lama aku x berkesempatan untuk update blog yg x seberapa nie...
buzy?...em..memang buzy giler...semenjak aku berkerja dengan Syarikat Perabot Makmal yg kononya...mempunyai cawangan diseluruh Semenanjung Malaysia nie....as account n admin  exec yg bergaji ciput...aku rasa tak setimpal dgn setiap kerja yg aku buat...
korang bayangkan ler..aku pada mulanya kena handle 5 company....bg stp urusan admin + hr+account...memang dasyat...x mampu aku dibuatnya..
bila aku discuss ngan my bos..tahap kemampuan aku...dia pon dengan rasa senang hatinya..handover 2 company kepada pihak yg sepatutnya...lega sikit..
tapi lega nya sekejap jer....x sempat aku nak menarik nafas lega....cukup dgn 3 company..aku terkangkap kiap nak handle sume benda2 tu....abis keja admin..kena wat keja akaun yg sudah semestinya akan sibuk sesangat bila 1st n last week...sama sibuknya ngan keja2 hr...bila tengah bulan akau sibuk lak ngan keja nak wat filing yang menimbun......hish pening2.....
korang nak tgk apa company aku buat....

Tuesday, December 22, 2009

Cuti-Cuti Malaysia JB+Melaka+Selangor

0 comments


First time and buat sekian kalinya aku dapat g jalan2 ala2 honeymoon gitu.....tempat yg kiter org pilih ialah Melaka....seronok g sini byk tmpat yg bleh g tapi masa x mengizinkan...patut ler Norlin suker sgt g Melaka....
Kita org bernasib baik sebab dapat duduk kt homestay yg murah...sebenarnya tu rumah teres 1 tingkat 3 bilik yg dijadiakn ala2 homestay...dengan sewa RM 60 semalam (itupun disebabkan abang pemilik homestay tu kawan nizam..kalau tak RM120 gak semalam)....
Percutian nie aku yg rancang so..sume perbelanjaan dibawah tanggungan aku...x kisah ler..lagipun....bulanan nie kerajaan gaji copat.....he3
Disebabkan masa yg terhad..aku rasa bile ada rezeki dan masa aku nk dtg lg ke bumi Pahlawan nie...Insyallah...

Monday, December 14, 2009

makna sahabat sejati dunia dan akhirat

0 comments
Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya, kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha menjadikan orang lain cemerlang sepertinya.
Pendek kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat.

Sahabat sejati adalah sahabat yang bermanfaat pada kita dan orang-orang disekeliling kita. Kita memerlukan seorang sahabat (ataupun ramai sahabat) dalam usaha kita mengejar kejayaan kerana sahabat dapat memberikan kita bantuan dalam bentuk idea, tenaga, dorongan dan panduan. Kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan ajaran Islam di bumi Arab adalah kerana bantuan sahabat-sahabat Baginda.
Dalam mencari seorang sahabat sejati, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang berperangai buruk. Sahabat sejati ni cuma ada satu dalam seribu. Mencari sahabat sejati satu cabaran, menjaga hati sahabat juga merupakan satu cabaran.


Tips bagaimana untuk menjaga persahabatan dan mengekalkan persahabatan:
1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuk le membelanja dia makan, hehe..sesuaikan dengan kemampuan.
2. Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai nangis-nangis gitu.
3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana dia hadir disamping Anda.
4. Berkongsi kedukaannya, kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.
5. Anggap dia ahli keluarga Anda sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.
6. Maafkan kesalahannya selalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja.
Dahulukan doa Anda dengan Surah Al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, moga cepat dimakbulkan Allah.
Apa yang kita doakan pada seseorang, itu yang akan berlaku dalam hidup kita, ibarat kita berdoa untuk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga jadinya!

Renungan....

0 comments
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....


1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Petua Awet Muda

0 comments
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.



Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.



Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat



Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.



Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.



Minumlah setelah setengah jam selepas makan.



Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.



Amalkan solat tahajud



Sentiasa tenang dan bersikap positif



Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.



Maafkan semua orang sebelum tidur.

Tuesday, November 24, 2009

Raya Aidiladha...

0 comments
Pejam...celik..pejam celik dah nak setahun...aku kt Selangor nie..x lama lagi umat Islam nak menyambut Aidiladha....mesti seronok bagi mereka yg dapat sambut kat Tanah Suci Makkah..confrim suasananya sgt berbeza kt sini...tahun nie giliran aku beraya kat Selangor...nak balik raya kt Jb...tapi masa x mengizinkan coz 3.12hb nie aku kena g sekolah......bertugas katakan.....lepas balik keja baru ler aku ngemas baju nk balik JB....
x pelah yg penting aku dapt jengok family aku kt sana...ok kengkawan nanti kalau free kiter jumpa ker....
Salam Aidiladha......

Saturday, November 21, 2009

Last Day kat SMK Seri Tanjong...

0 comments
Hari Jumaat 20hb Nov.merupakan hari terakhir aku berkhidmat sebagai Guru GSSTT....walaupun x sampai setahun aku berada kat sekolah tu....banyak pengalaman yang berjaya aku timba.....dari zero.....sampai ari terakhir...aku dah berjaya memenuhkan tong pengalaman ku sebagai seorang guru sebanyak 98%.....he....he...
kesimpulannya bukan senang jadi cikgu nie....dalam semua perkara kt kena jadi cikgu...
seronok bile murid2 dengar kata dan beri perhatian biler belajar...kalau awalnya x berapa confident nak ngajar...automatik boleh jadi bersemangat giler nk ngara dia org...tapi aku paling marah kalau ader anak mrid aku yg x nk ambil perhatian masa mengajar terutama kelas yg last2....pening nak memikirkan apa kaedah yg sesuai untuk aku ngajar mereka tu....kekadag feed up......terutamanya pelajar bukan melayu time aku ngajar moral.....
x per lar...itu sumekan pengalaman ..kalau x tak merasa aku nak menulis kt papan putih......
sedih gak biler anak murid salam n cium tgn aku yg x berapa wangi..opss luper nak coletkan one drop perfume kt tgn......dia org minta maaf sebab sedar kekadng dia org x dgr kata ....x buat keja sekolah.....
tepat kul 6.30...aku yg masa tu dgr dapat emergency task....untuk print data......kajian yg aku buat pasal kehadiran pelajar.....cepat2 angkat beg....tinggalkan printer..yg lambat bertindak balas tu g jumpa cikgu2 kt bilik guru....

before tu aku g jumpa penyelia petang antar buku laporan mengajar.....pastu minta maaf kt dia....sempat gak penyelia petang mendoakan aku agar satu ari nanti akan jd guru tetap....aku apa lg cepat jer mengaminkan kata2 puan penyelia tu.....mana tau masin mulut dia...dapat aku jadi cikgu mcm dia....insyallah

pastu muler ler aku mencari cikgu2 kat bilik guru tu untuk bermaaf-maafan......
x sangka ader lak yg mengeluarkan kata2 positif kt aku n sekaligus memuji aku...katanya...dia seronok bekerja dgn aku..sebab aku selalu bg kerjasama...kembang jap pungkok aku....alahai...
pastu ada lak yg mendoakan aku dpt ngar kt sek seri tanjong lagi.....aku mengiyakan ajer....
sebenarnya tak kisah pun....dapat sekolah mana...janji aku dapat jadi cikgu GSTT lg tahun depan...dan secara x langsung dapat diserapkan jd cikgu tetap...tu jer harapan aku...
rasanya kerjaya nie sesuai dengan live aku.....
korang yg terbaca coretan aku nie pun jgn lupa mendoakan semoga impian aku tercapai......k...
lastly...thanks a lot utk cikgu2 kt SMK Seri Tanjong and sume pelajar ........take care...

tazkirah.....cara membaca surah Yassin ketika seseorang sedang menghadapi Sakaratul Maut....

0 comments
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i) Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.
ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Monday, November 9, 2009

Kecantikan Lelaki & kegagahan wanita

0 comments
Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik,adalah:
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yangada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.Kegagahan WanitaKegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

yahoo....x lama kg cuti sekolah...

0 comments
seronoknyer...21hb November nie..cuti sekolah akan bermula......tak sabar nak balik JB.....rindu masakan mak aku....
tp byk program yg kena aku settlekan dulu sebelum nak cuti nie....
1st...nak siapkan data kajian untuk ketidakhadiran pelajar tidak berturut-turut kt sekolah tu...hisk...hisk..ingatkan lepas kuar renewed dah x buat assigment2 camtu...x per..nasib baik dah terror.....
2nd...nak wat buku program untuk budak2 yg nak masuk Form 1 next year....
3rd...3hb 12 nie kena g sekolah untuk wat pengawasan peperiksaan SPM kt sekolah..nasib baik kejap jer utk satu paper jer...
4th...5hb 12 nie...aku dah merayu ngan nizam mintak dia antar aku balik JB....maybe dok sana dalam 1 minggu 2..
5th...aku kena wat persiapan untuk interview guru sandaran untuk pengambilan Januari pd bln 12 nie...pada bila2 masa jer...2 yg leceh tu..harap2jadual aku x clash ngan jadual percutian aku kt hometown...he3
6th.....21hb nie bapa mertua aku kena massuk wat untuk wat operation usus dia yg bermasalah on 22hb 12...so aku kena balik selangor bfr date tu.....

Lastly ...hopefully tahun depan aku dapat ngajar kt sekolah yg lebih dekat n lebih best dr sekolah sekarang.harap2 dapat ngajar kt sekolah aliran agama lak....

Saturday, October 3, 2009

Syukur pada Tuhan....

0 comments



Alhamdulillah dah genap 10 purnama aku berhijrah ke negeri selangor Darul Ehsan....walaupun pada mulanya agak berat kaki ini nak meninggalkan negeri tanah tumpah air ku...Johor..


Aku gagahkan juga...kerana aku punya niat yg tersendiri....yg mana aku amat berharap penghijrahan aku dapat mengubah cara hidup aku...akhirnya..aku berjaya juga mengecapi sebahagian daripada apa yang aku inginkan.....


1) aku dah berjaya mendapatkan lesen keta......walaupun ini percubaan kali 2 aku selepas ambik kt Jb x lepas2.......


2)aku dah dapat merasai pengalam jadi cikgu..yg memang aku harap2kan selama ini....


3)aku dah berjaya miliki laptop sendiri hasil titik peluh duit gajiku.....


4)aku dah berjaya membeli kenderaan sendiri...Viva Elite...wlwpun x sehebat mana...sekurang2nya aku dah ade harta sendiri...


5)lastly....aku dah berjaya dapatkan broadband celcom....tapi yg nie suami aku yg belanja.....he.he...

Tuesday, July 28, 2009

1 comments
Aiman yang dah nak masuk setahun 3 bulan nie...semakin rajin tolong aku wat kerja rumah....ikut mood dia sama ada dia nak tolong kemas or nak tolong sepahkan rumah mak mertua aku tu.....ok..tengok aksi2 aiman k...
aiman tengah mengenalpasti aper yang dia nak sapu....
yer....akhirnya berjaya membantu mama menyapu sampah...walaupun tanpa kasut......

ujian bulan 7.....

0 comments
em...dah lama aku tak membuzykan diri kat blog aku yg tak seberapa nie...ari nie bebudak strat ujian bulan 7..so sekarang aku tgh free...semalam aku kelam kabut giler...stappler kertas soalan geografi yang sebanyak 450 set untuk pelajar tingkatan 1...nasib baik ler nizam ader boleh ler tolong2 aku....ari nie pagi2 aku dah sampai sekolah...wat kerja yg terakhir sebelum paper ujian tu ler aku letak kat bilik peperiksaan......alhamdullillah akhirnya berjaya gak......

Monday, July 6, 2009

Hati2 Melawat org meninggal

0 comments
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah.... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.

Aktiviti hujung minggu....

1 comments
Boleh diaktakan setiap hujung minggu kt orang g bawa aiman g jalan-jalan kat pantai..dia memang suker...lebih2 lagi bile tgk bebudak sebaya dia mandi and main layang2....terjerit2 dia...cuba lihat aksi A & B...dia tengak dok fikir camner nak dpatkan layang2 tu...kesian dia...kt orang saje x nak belikan...sebab mahal sgt ler.....


Aksi A Aksi B








Monday, June 1, 2009

Aiamn belajar berjalan....

0 comments
1....2.....3......tatih.....

hadiah hari guru..

0 comments



ops...dah lama aku tak update korang yer....


sempena sambutan hari guru pada 29 Mei 2009...aku tak sangka lak...ader lak dapat hadiah dari pelajar aku...x banyak cumaa 3 termasuk 1 hadiah dari sekolah....


first aku dpt kerongsang dari sorang pelajar lelaki Iqmal namanya...aku ajar dia subjek KH...budak nie dalam kelas selalu minta perhatian...yg aku perasaan bila aku marah2 bebudak lain pasal wat keja dia mesti akan masuk campur gak...bila aku wat dek jek..dia buat2 bising..aku tahu dia saja nak aku ambil perhatian dia....he2...ari tu masa bg hadiah pun bukan dia yang datang kat aku...dia suruh kengkawan dia bagi...katanya malu.....


second....aku dapat sekuntum mawar merah.....he2..dari pelajar cina yang mana aku ajar dia orang subjek Pendidikan Moral....


merasa gak dapat hadiah sempena hari guru......

Tuesday, May 19, 2009

Aiman dah Setahun...

0 comments















Pejam Celik pejam celik dah besar rupanya Aiman...6.5.2009 genap ler dia setahun...sekarang nie dia sedang giat belajar berjalan...biasa ler pening aku menonton dia berjalan setiap hari...biler dia dah penat dia akan berjalan masuk bilik n baring2 kat tilam yg x berapa empok 2....tu jer ler tempat dia lepak...





semalam aku g antar dia cucuk untuk umur setahun..x sampai ati tgk dia kena cucuk...kesian...jarum yang panjang nyer hampir sejengkal tu menembusi isi peha dia yang agak sihat tu....Aiman tetiba menangis...sakit ler tu..bila aku dokong and kemudain letak dia kat lantai...tetiba dia dah boleh tersenyum...terror anak mama sakit jap jer k....





Aktiviti yang paling dia suker naik motor...kekadang tu naik motor pun boleh tido....

CC time...

0 comments


ari nie aku dapt dok puas2 depan PC...ari nie g medical check up...so sementara nak tunggu the next appointment kul 2 ptg nanti aku dok melayari internet kat area hospital nie....




nie bukannye


r gambar kat area hospital tapi... aku saja jer upload kasi seri blog aku...boring ler....mcm tu jek kaku


maklum ler tak reti lagi nak gode lebih2...

Guru Oh Guru

0 comments
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang....

Thursday, May 14, 2009

kehidupan...

0 comments
kehidupan tak pernah lekang dari dugaan..setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi dan perlu dikaji....

Jumaat yg indah...

0 comments
ari nie ari jumaat...so aku mengambil kesempatan nie untuk buat blog mcm kengkawan aku yang lain..alah2 menyahut seruan kepantasan internet..yang dah mcm2 sekarang nie..maklum ler x nak terlepas dari arus kecanggihan masa sekarang.....
lagi satu ari jumaat nie biasanya aku kuar awal coz...aku punya adik ipar as merangkap 'driver' aku yang menghantar aku kuar masuk dari umah mak mertua aku ker jalan utama iaitu pekan Sungai Buloh...
PeH...bertapa sadisnya aku punya perjalanan setiap hari..alhamdulilah..sepanjang hampir sebulan aku berelar cikgu...nie perjalanan aku sentiasa dipermudahkan Tuhan sepanjang aku merempit......
aku rasa kalau tanpa adik ipar aku...tak kesampian ler hajat aku nak keja..atau aku kena ler dok menyewa ngan aiman ....peh...lagi sedih beb......maklum ler suami yg tercinta cuma boleh balik seminggu sekali jek....bajet tak cukup....he...he
k wat kengkawan yang belum wat blog lagi mari ler join kami k....