Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin
Info...
RAHSIA - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsiakeajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi daripengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formulaini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dantelur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dankekuatan daya ingatan : 1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuhkebanyakkanpenyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yangpenting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa inginhafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia bolehmenghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.Sangat merbahaya!
2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darahbagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudahmengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i) Menghadap Kiblat ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesanjika dikunyah seperti makan kacang. v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukanuntuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelasmakanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Iaberkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susuboleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaikuntuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yangdibacaoleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjagakesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungiprotein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. MakaAllah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahantenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakanmentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambahkekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yangmemakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayudahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasanterutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapatbercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yangsegar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggapmengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaikidarah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja beratserta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenisvitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal diMelaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS ) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual dikedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/kundar ) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabis.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkanmemasukkan labuke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantitiyang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori
aku...masih mcm dulu..masih punye sorang anak yang makin ligat....
aiman dah mula melangkah..tapi dia lebih cendorong nak bercakap...perkataan yang aku dengar dari mulut dia ialah BUAH....hai aiman..ko tu tau nak makan jek....
0 comments:
Post a Comment