Pages

Tuesday, July 28, 2009

1 comments
Aiman yang dah nak masuk setahun 3 bulan nie...semakin rajin tolong aku wat kerja rumah....ikut mood dia sama ada dia nak tolong kemas or nak tolong sepahkan rumah mak mertua aku tu.....ok..tengok aksi2 aiman k...
aiman tengah mengenalpasti aper yang dia nak sapu....
yer....akhirnya berjaya membantu mama menyapu sampah...walaupun tanpa kasut......

ujian bulan 7.....

0 comments
em...dah lama aku tak membuzykan diri kat blog aku yg tak seberapa nie...ari nie bebudak strat ujian bulan 7..so sekarang aku tgh free...semalam aku kelam kabut giler...stappler kertas soalan geografi yang sebanyak 450 set untuk pelajar tingkatan 1...nasib baik ler nizam ader boleh ler tolong2 aku....ari nie pagi2 aku dah sampai sekolah...wat kerja yg terakhir sebelum paper ujian tu ler aku letak kat bilik peperiksaan......alhamdullillah akhirnya berjaya gak......

Monday, July 6, 2009

Hati2 Melawat org meninggal

0 comments
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah.... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.

Aktiviti hujung minggu....

1 comments
Boleh diaktakan setiap hujung minggu kt orang g bawa aiman g jalan-jalan kat pantai..dia memang suker...lebih2 lagi bile tgk bebudak sebaya dia mandi and main layang2....terjerit2 dia...cuba lihat aksi A & B...dia tengak dok fikir camner nak dpatkan layang2 tu...kesian dia...kt orang saje x nak belikan...sebab mahal sgt ler.....


Aksi A Aksi B








Monday, June 1, 2009

Aiamn belajar berjalan....

0 comments
1....2.....3......tatih.....

hadiah hari guru..

0 comments



ops...dah lama aku tak update korang yer....


sempena sambutan hari guru pada 29 Mei 2009...aku tak sangka lak...ader lak dapat hadiah dari pelajar aku...x banyak cumaa 3 termasuk 1 hadiah dari sekolah....


first aku dpt kerongsang dari sorang pelajar lelaki Iqmal namanya...aku ajar dia subjek KH...budak nie dalam kelas selalu minta perhatian...yg aku perasaan bila aku marah2 bebudak lain pasal wat keja dia mesti akan masuk campur gak...bila aku wat dek jek..dia buat2 bising..aku tahu dia saja nak aku ambil perhatian dia....he2...ari tu masa bg hadiah pun bukan dia yang datang kat aku...dia suruh kengkawan dia bagi...katanya malu.....


second....aku dapat sekuntum mawar merah.....he2..dari pelajar cina yang mana aku ajar dia orang subjek Pendidikan Moral....


merasa gak dapat hadiah sempena hari guru......

Tuesday, May 19, 2009

Aiman dah Setahun...

0 comments















Pejam Celik pejam celik dah besar rupanya Aiman...6.5.2009 genap ler dia setahun...sekarang nie dia sedang giat belajar berjalan...biasa ler pening aku menonton dia berjalan setiap hari...biler dia dah penat dia akan berjalan masuk bilik n baring2 kat tilam yg x berapa empok 2....tu jer ler tempat dia lepak...





semalam aku g antar dia cucuk untuk umur setahun..x sampai ati tgk dia kena cucuk...kesian...jarum yang panjang nyer hampir sejengkal tu menembusi isi peha dia yang agak sihat tu....Aiman tetiba menangis...sakit ler tu..bila aku dokong and kemudain letak dia kat lantai...tetiba dia dah boleh tersenyum...terror anak mama sakit jap jer k....





Aktiviti yang paling dia suker naik motor...kekadang tu naik motor pun boleh tido....

CC time...

0 comments


ari nie aku dapt dok puas2 depan PC...ari nie g medical check up...so sementara nak tunggu the next appointment kul 2 ptg nanti aku dok melayari internet kat area hospital nie....




nie bukannye


r gambar kat area hospital tapi... aku saja jer upload kasi seri blog aku...boring ler....mcm tu jek kaku


maklum ler tak reti lagi nak gode lebih2...

Guru Oh Guru

0 comments
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang....

Thursday, May 14, 2009

kehidupan...

0 comments
kehidupan tak pernah lekang dari dugaan..setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi dan perlu dikaji....

Jumaat yg indah...

0 comments
ari nie ari jumaat...so aku mengambil kesempatan nie untuk buat blog mcm kengkawan aku yang lain..alah2 menyahut seruan kepantasan internet..yang dah mcm2 sekarang nie..maklum ler x nak terlepas dari arus kecanggihan masa sekarang.....
lagi satu ari jumaat nie biasanya aku kuar awal coz...aku punya adik ipar as merangkap 'driver' aku yang menghantar aku kuar masuk dari umah mak mertua aku ker jalan utama iaitu pekan Sungai Buloh...
PeH...bertapa sadisnya aku punya perjalanan setiap hari..alhamdulilah..sepanjang hampir sebulan aku berelar cikgu...nie perjalanan aku sentiasa dipermudahkan Tuhan sepanjang aku merempit......
aku rasa kalau tanpa adik ipar aku...tak kesampian ler hajat aku nak keja..atau aku kena ler dok menyewa ngan aiman ....peh...lagi sedih beb......maklum ler suami yg tercinta cuma boleh balik seminggu sekali jek....bajet tak cukup....he...he
k wat kengkawan yang belum wat blog lagi mari ler join kami k....